Powered By Blogger

Tuesday, May 1, 2012

BAB 3: MEDIA PENGAJARAN

Konsep MEDIA

i. Medium saluran komunikasiyang membawa maklumat.
ii. Media : alatan yang mampu menyampaikan mesej pengajaran. Contohnya guru, radio, tv, slao, pita, bahan bercetak dan komputer.

Percival & Ellington (1984) telah mengkategorikan media dalam dua bentuk:

i. Media yang terdiri daripada pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan (filem, slaid, gambar, perakam)
ii. Media terdiri daripada saluran komunikasi massa (radio, tv, surat khabar, internet)

Media dalam pengajaran merujuk kepada alaatn atau teknik yang berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima.

Media dalam pengajaran berperanan sebagai penghubung antara guru dan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Ia juga menyampaikan isi kandungan dengan berkesan serta menyeronokkan dan bermakna. Hal ini demikian dengan penglibatan pelbagai deria.


Fungsi Media dalam Pengajaran:

i. Sebagai pembantu guru
ii. Sebagai pengganti guru
iii. Pembelajaran berasaskan projek
iv. Media dalam pendidikan khas
v. Media dalam pendidikan jarak jauh
vi. Media dalam folio pembelajaran


Jenis-jenis dan klasifikasi media:

Hoban & Zisamn (1937) menjelaskan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung pada tahap kerealistikannya.

Hal ini merujuk kepada pengalaman konkrit: berlaku apabila murid aktif menggunakan deria mereka.

Pengalaman sebenar: dialami oleh pelajar dan pengalaman konkrit semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa.

Pengalaman abstrak: pengalaman yang dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual/ verbal dan perlu ditafsirkan.

Jenis-Jenis Media:
i. Media Bergerak: Rakaman Video, Animasi, Filem
ii. Orang : Guru, Pelajar, Orang ramai
iii. Objek & Model: Yang boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar
iv. Teks: Poster, Buku, Surat khabar, Majalah, Risalah, Modul
v. Visual : Diagram, Poster, Lukisa, Foto, Kartun, Grafik, slaid
vi. Audio: Suara, Bunyi-Bunyian, Muzik, lagu



Untuk Perhatian: Semua nota ini adalah melalui rujukan pada buku Teknologi Pendidikan. SEmoga Bermanfaat.

No comments:

Post a Comment