Powered By Blogger

Tuesday, May 1, 2012

BAB 4: REKA BENTUK PENGURUSAN BILIK DARJAH: MODEL ASSURE

Gagne (1985) : Pembelajaran sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat.

Terdapat 9 peringkat proses penyampaian pengajaran selaras dengan proses pembelajaran.
Model ASSURE membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. (bantu dalam buat RPH/RPM).

Berikut merupakan proses-proses dalam MODEL ASSURE:
1. A- Analyze

Analisis Pelajar: Ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar, Gaya pembelajaran pelajaran

2. S- STATE

Nyatakan Objektif atau Hasil pembelajaran: Siapa yang akan mencapai objektif pembelajaran, Bentuk tingkah laku baharu, Situasi/ syarat perlakuan yang dihasratkan, darjah tahap pencapaian minimum perlakuan.

3. S- SELECT

Pemilihan kaedah media dan bahan sumber: Penentuan kaedah, pemilihan format media, pemilihan bahan sumber


4. U- UTILISE

Gunakan media dan bahan sumber: Langkah - langkah dalam peringkat ini adalah seperti berikut:
1. Semak/pratonton bahan sumber sebelum menggunakannya.
2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas
3. Sediakan persembahan yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber
4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat dari bahan sumber
5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. R- REQUIRE LEARNERS RESPONSE & PART

Libatkan pelajar dalam pembelajaran : Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan berasaskan bahan

6: EVALUATION (E)

Nilai dan semak semula : semasa proses dan selepas proses pengajaran. Keadaan ini membolehkan guru membuat pembetulan dan penambahbaikan serta tindakan susulan yang sesuai dan wajar.

No comments:

Post a Comment