Powered By Blogger

Wednesday, November 16, 2011

BMM 3103

Tujuan pelaksanaan ujian kefasihan (lisan/ bacaan dijalankan):

1. Menentukan setakat mana murid boleh kuasai kemahiran dan bahan isi pelajaran yang telah dipelajari.
2. Berfungsi untuk uji kebolehan umum berbahasa seseorang murid.

Ciri-ciri ujian kefasihan:
1. Dapat mengetahui penguasaan kemahiran BM secara meneyluruh.
2. Dapat menempatkan murid mengikut kumpulan dan tahap pengetahuan murid.
3. Digunakan dalam sesi temuduga (sektor awam dan swasta)

Aspek-aspek yang ditekankan dalam pengujian lisan.
1. Kefahaman murid terhadap sesuatu konsep.
2. Pengetahuan fakta murid
3. Pemikiran peringkat tinggi.
4. Kecekapan mendengar
5. Penggunaan bahasa yang tepat. - sebutan jelas dan bermakna
6. Gaya persembahan/ kelancaran berbahasa seseorang murid. - tidak gugup ketika menyebut
7. Pertuturan dan sikap murid.
8. Nada dan intonasi suara murid.

Kontrak Pembelajaran merupakan satu persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dan pelajar secara individu atau berkumpulan berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Fungsi kontrak pembelajaran adalah untuk :
1. membolehkan murid mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran.
2. merekod jangka masa pelaksanaan dan hasil.
3. merekod bukti yang menunjukkan pencapaian objektif.
4. murid berpeluang menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat.
5. menghasilkan kerja yang terancang.
6. membantu murid membuat refleksi sepanjang proses kerja berlangsung.

Prinsip-prinsi penilaian kontrak pembelajaran adalah seperti berikut:
1. Penilaian objektif tugasan
- guru menentukan objektif dan murid menetapkan pelaksanaan
-guru menyarankan beberapa set objektif dan pelajar memikirkan mana-mana yang sesuai.
-pelajar merangka beberapa objektif dan memilih yang paling sesuai berdasarkan persetujuan guru.

2. Penilaian Hasil pembelajaran
- pelajar bertanggungajwab terhadap strategipembelajaran ; seperti dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll.
- jenis atau bentuk hasil pembelajarantelah ditentukan oleh guru.

3. Penilaian
- pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem penggredan keseluruhan proses pelaksanaan tugasan
- guru menentukan sistem penggredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan
- gred akhir dibincang dengan persetujuan guru --- murid; berdasarkan kriteria
- penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru sebagai pemantau penilaian bagi jamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Prinsip pelaksanaan dan pentadbiran ULBS:
1. Pentaksir menyediakan ruang tempat untuk ujian dijalankan.
2. Murid pekak dan bisu dikecualikan.
3. Pentaksir memberi penerangan dan peraturan kepada murid. Menjelaskan perkara-perkara yang murid perlu lakukan.
4. Murid diberi bahan rangsangan.
5. Pentaksir menanyakan soalan berkaitan bahan rangsangan.
6. Pentaksir mendengar murid menjalankan aktiviti lisan dengan teliti.
7. Murid rendah pencapaian dibimbing oleh pentaksir bagi meningkatkan pencapaian.

Kemahiran menulis merupakan satu kemaahiran simbol bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bahasa untuk lahirkan perasaan dan buah fikiriran individu.

Contoh-contoh kemahiran menulis adalah :
1. Penulisan esei
2. laporan projek, kerja kursus dan portfolio
3. latihan ujian bertulis
4. Huraian, tafsiran data jadual dan graf.

Aspek-aspek yang diuji dalam kemahiran menulis:
1. penyusunan idea
2. perbendaharaan kata
3. keupyaan murid mengaplikasi, mentafsir, menilai data.
4. mempertahankan dan menyokong hujah
5. menyebarkan idea
6. membuat rumusan dan cadangan.

Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang ditetapkan.

Peringkat Penyediaan Portfolio:
1. Perancangan portfolio dimana murid menentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri dan jenis portfolio.
2. Murid mengenalpasti isi kandungan yang perlu ada dalam portfolio seperti maklumat diri, senarai semak isi kandungan, bahan pengajaran, gambar dan refleksi.
3. Murid membuat pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio - sama ada benar-benar diperlukan atau tidak.

Peringkat pembinaan portfolio:
1. Portfolio kerja harian
2. Portfolio kerja terbaik
3. Portfolio dokumen

Peringkat penilaian portfolio:
1. penilaian portfolio menggunakan kaedah secara keseluruhan kumpulan atau individu termasuk kriteria yang dirangkumkan untuk penilaian.
2. menggunakan skala/ senarai semak.


Ciri-ciri penilaian portfolio:
1. dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian dengan teliti.
2. Proses pembelajaran secara kolaboratif - untuk capai kefahaman, dan pendokumentasian pemikiran secara kreatif dan kritis.
3. galakkan pembelajaran interaktof melalui - kerjasama dan bantuan pelbagai pihak.
4. Kandungan maklumat disusun secara urutan dan logik.
5. Bersifat reflektif -- melalui rangsangan soalan.

Kaedah penilaian secara HOLISTIK:
1. Esei dinilai berdasarkan kesan keseluruhan pemeriksa.
teknik pemarkahan dengan tidak mengasingkan bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa dan perbendaharaan kata.
pemeriksa menilai kualiti keseluruhan esei.

langkah-lanngkah pemarkahan secara ordinal.
1. Periksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan
2. Menyusun skrip-skrip jawapan murid mengikut prestasi - prestasi baik di atas dan terburuk di bawah.
3. menentukan berapa peratus murid yang patut diberi gred A

No comments:

Post a Comment