Powered By Blogger

Monday, November 14, 2011

Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia


Faktor Pertumbuhan Ekonomi


1. Tanah dan Sumber Asli
2. Penduduk dan Tenaga Buruh
3. Peranan Kerajaan
4. Peranan Pengusaha
5. Modal
6. Kemajuan Teknologi


2. Masalah kemisikinan di Malaysia melibatkan kemiskinan di bandar, orang asli, bumiputera Sabah dan Sarawak, warga tua dan juga ibu tunggal.

3. Sektor ekonomi dalam pembangunan melibatkan sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.

Dalam sektor pertanian, penekanan kepada pengeluaran hasil dan sumber alam utama seperti sumber hutan, bahan mentah gas asli dan bijih timah. Merupakan sektor primer.

Seterusnya, sektor perindustrian pula merupakan sektor sekunder . Sektor ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu industri desa, ringan dan memproses. Sektor ini memberi penenekanan kepada pemprosesan bahan mentah dari sektor primer - pertanian dan menghasilkan barangan siap dan separuh siap. Industri pembuatan merangkumi industri berat, ringan (memproses, pembuatan dan desa) serta industri pelancongan.

Disamping itu, sektor perkhidmatan merupakan sektor yang membekalkan perkhidmatan dan sumbangan guna tenaga kepada sektor perindustrian dan pertanian. Sektor ini saling bergantung dengan sektor pertanian dan perindustrian.
Sektor perkhidmatan melibatkan institut pendidikan dan latihan, sektor kewangan dan perbankan, utiliti, bekalan elektirk gas dan air, pengangkuan dan telekomunikasi serta sektor pelancongan.

____________________________________________________________________
Definisi daya saing merupakan kemampuan seseorang individu, organisasi ataupun pertubuhan untuk tujukkan keunggulan dan hasilkan produk sesuatu yang lebih baik, berkualiti dan menguntungkan berbanding dengan individu, organisasi serta institusi lain.

Kesan positif daripada daya saing ini adalah memberi keuntungan kepada pengguna lain, produk yang lebih berkualiti dan baik dihasilkan. Seterusnya daya saing turut memberi keuntungan kepada pengeluar serta meningkatkan hasil pengeluaran negara.

No comments:

Post a Comment