Powered By Blogger

Wednesday, November 16, 2011

NOTA BMM 3103

Hello people. I need to crapping here since I was so dumb blurred with my brainsospoilt to think. GOSH. One word God, please help me! :'(

Prinsip Penyediaan Soalan Subjektif:
1. Soalan menepati sukatan pelajaran
2. Arahan dan tindakan soalan jelas.
3. Soalan dan jawapan hendaklah padat.
4. Taburan soalan perlu ssetara mengikut aras kesukaran.
5. Menentukan perkara yang ingin diberi markah dengan menyediakan PMM.
6. Menggunakan soalan yang berjawapan pendek.

Prinsip Penyediaan Soalan Objektif.
1. Mempunyai pilihan jawapan
2. Arahan soalan jelas dan tepat.
3. Jawapan yang disediakan mestilah ringkas.
4. Soalan yang mempunyai stimulasi/ rangsangan mestilah jelas dan berkaitan dengan soalan.

Kelebihan soalan objektf:
1. Membolehkan semua tajuk atau bidang kemahiran diuji.
2. Soalan cepat dan mudah diperiksa.
3. Soalan boleh diperiksa secara objektif. (Penggubal soalan tidak perlu ada untuk periksa soalan).
4. Kebolehpercayaan soalan tinggi.
5. Sesuai untuk pengujian sumatif.
6. Kemudahtafsiran soalan yang tinggi.


Kelebihan soalan subjektif:
1. Mudah dan cepat dibina . Penggubalan soalan yang mudah.
2. Mengurangkan tekaan atau skor nasib.
3. Pengujian soalan tahap/ aras kognitif tinggi.
4. Menguji tahap kemahiran berbahasa murid dan pengembangan idea.
5. Dapat meningkatkan pengelolaaan idea dan pendapat murid.
6. Mampu menguji tahap kognitif murid.
7. Sesuai untuk tujuan pengujian formatif.

2 tujuan ujian formatif :
- merupakan ujian berbentuk formal atau tidak formal yang membolehkan guru mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
- mengesan penguasaan dan kemahiran murid serta merta untuk memperbaiki kelemahan dengan segera.
- menguji tajuk-tajuk kecil sepanjang proses P&P.
-membolehkan pengayaan, pemulihan dan pengukuhan dibuat bagi meningkatkan tahap penguasaan dan kebolehan murid.

Konsep-konsep Pengujian Formatif:
1. Ujian formal dan tidak formal untuk kesan penguasaan murid.
2. Kesan serta merta kekuatan dan kelemahan murid.
3. Pengujian dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.
4. Tidak ada senarai semak tentang rekod prestasi murid.
5. Dapat lakukan tindakan semerta tentang sikap murid ( buat pemulihan, pengayaan dan pengukuhan.)

2 tujuan Ujian sumatif:
1. Ujian formal yang berfungsi untuk kesan pencapaian murid dalam sesuatu tahap persekolahan.
2. Mengesan pencapaian murid berdasarkan keseluruhan / beberapa topik pembelajaran dan pemeringkatan gred murid.
3. Bertujuan dalam penggredan dan pensijilan berdasarkan prestasi murid.

Konsep Pengujian Sumatif:
1. Mengesan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara peratusan.
2. Memberi pemeringkatan terhadap pencapaian pelajar.
3. Membuat ujian formal.
4. Dilaksanakan selepas selesai seseuatu proses pembelajaran.
5. Pengujian secara menyeluruh.
6. Mengandungi rekod dan profile.
7. Ada pensijilan hasil pencapaian murid.

No comments:

Post a Comment