Powered By Blogger

Sunday, November 13, 2011

Nilai & Etika dalam Pengajian Sosial

Konsep Asas Moral

1/ Definisi Moral : satu sistem perlakuan yang berasaskan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan.

- Tingkah laku berasaskan prinsip-prisnsip yang diterima secara rasional. Sebab penerimaan difahami dan dirasakan patut.

Prinsip-Prinsip Asas Kemoralan terbahagi kepada tiga iaitu Altruisme, Keadilan, Autonomi.

Altruisme - merupakan prinsip yang suka utamakan orang lain lebih dari diri sendiri. Terutamanya mengambil berat tentang kebajikan, perasaan orang lain dengan ikhlas.

Keadilan - merupakan satu pemikiran yang adil (fair-minded), tidak berat sebelah, dan saksama. Prinsip ini sesuai dengan Prinsip Keadilan Umum.

Autonomi - merupakan prinsip penentuan tentang peraturan berdasarkan pengetahuan, alasan dan pengalaman diri sendiri.

Auto merujuk kepada bebas.
Nomos merujuk kepada peraturan ataupun undang-undang.

Kepentingan nilai sosial dalam Pengajian Sosial:

1. mengelakkan konflik dengan diri sendiri, keluarga, rakan
2. mewujudkan interaksi yang baik
3. meningkatkan keupayaan pengurusan diri sendiri dengan bertanggungjawab
4. kenal pasti tingkah laku yang menyumbang kepada pembangunan watak mulia.
5. kesederhanaan tingkah dalam tingkah laku.

Nilai murni merupakan satu set nilai yang baik yang perlu ada dalam diri seseorang diri seseorang individu; seperti baik hati, bertanggungjawab, kesederhanaan, berhemah tinggi, keberanian.

Nilai patriotik merupakan nilai yang bermatlamat untuk pupuk dan bentuk warganegara Malaysia yang bersemangat patriotik, dan berkeperibadian Malaysia.


Nilai Alam sekitar merupakan sistem nilai yang sokong sebarang tingdakan yang mengarah kepada kesejahteraaan alam sekitar.
Terdapat empat jenis nilai alam sekitar:

1. sayangi dan hargai alam sekitar
2. peka terhadap isu alam sekitar
3. kemapanan alam sekitar
4. keharmonian manusia dengan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment