Powered By Blogger

Saturday, March 5, 2011

Pengurusan Bilik Darjah Melibatkan Murid Bekeperluan Khas

Murid bekeperluan khas dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu :
  • Kategori Masalah - perubatan, pembelajaran, perkembangan, tingkah laku serta kesihatan mental
  • Masalah Khusus - pendengaran, penglihatan, pembelajaran, tingkahlaku, pertuturan serta celebral palsy
  1. Masalah perubatan yang dimaksudkan disini adalah seperti penyakit serius, kanser, jantung berlubang mahupun distrofi otot.
  2. 2. Seterusnya, maalah pembelajaran adalah seperti disleksia, kecelaruan pertuturan dan bahasa.
  3. Masalah perkembangan merujuk kepada masalah-masalah seperti autisme, down syndrome, terencat akal dan perkembangan lewat.
  4. Masalah tingkahlaku pula adalah seperti ADHD, ADD dan hiperaktif.

Disamping itu, terdapat juga 2 kategori tambahan yang merujuk kepada murid bekeperluan khas dalam bilik darjah ini iaitu; murid pintar cerdas dan berbakat serta murid berisiko (child at-risk).

Berikut dihuraikan dengan lebih lanjut berkenaan masalah-masalah pembelajaran kanak-kanak yang kerap berlaku dibilik darjah, sama ada disedari oleh guru mahupun tidak.

Disleksia

Masalah disleksia ini dapat didefinisikan sebagai masalah murid yang berbeza daripada murid-murid biasa dari segi ciri-ciri mental (keupayaan kognitif), fizikal (otot-otot & sendi), sosial (komunikasi interpersonal dan interaksi) serta emosi (iaitu keupayaan untuk menangani perasaan).

Perkataan disleksia berasal dari perkataan Greek iaitu 'dys' --sukar dan 'lexis' --perkataan.
Sehubungan dengan itu, murid yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia ini sukar untuk mengenal huruf, membaca, kurang kebolehan menulis, mendengar dan bercakap (walaupun murid berada dalam keadaan yang kondusif).

Terdapat 3 jenis disleksia yang dikenal pasti iaitu;
  • Disleksia visual - murid sukar untuk mengingati dan mengenal abjad dan perkataan, abjad tertentu dan sebahagian perkataan ditulis terbalik.
  • Auditori - Murid sukar untuk mengingati bunyi abjad, menganalisis bunyi serta sukar untuk membezakan bunyi konsonan dan vokal.
  • Visual - Auditori - Murid mengalami kesukaran untuk membaca dengan teruk. Hal ini menyebabkan kelemahan untuk memproses tulisan secara visual mahupun audio.
Terdapat 2 faktor yang menyebabkan disleksia iaitu biologi dan juga keturunan/genetik.

5 ciri-ciri kanak-kanak disleksia yang dikenalpasti adalah seperti;
  • Tulisan cermin/terbalik
  • Gemar menggantikan perkataan yang didengar kepada perkataan lain
  • Keliru dengan arah - kiri & kanan
  • Suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
  • Kemahiran pertuturan yang lambat
Masalah pembelajaran murid-murid disleksia ini juga dapat dikenalpasti mengikut aspek pembelajaran mereka. Sebagai contoh, dalam proses pembelajaran mengeja, murid keliru untuk mengenalpasti huruf m--w, y--g, u--n. Melihat dari aspek mengeja ini juga, murid juga mengalami kekelruan dalam membunyikan huruf t--h, f--v.

Dari aspek membaca pula, murid seringkali menterbalikkan perkataan, contohnya : batu-tuba, gula-lagu. Selain itu, pembalikan ayat seperti : Pada masa itu --> Pada asam itu. Malahan, pelajar yang mengalami masalah disleksia ini juga sering terkeliru dengan perkataan Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu. Contohnya ; air --> air, cat--> cat, jam--> jem.

Melihat kepada masalah penulisan pula, murid yang mengalami disleksia sukar untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga tidak pandai memegang pensel dengan betul serta tidak dapat menulis mengikut garisan. Murid pada peringkat ini juga cenderung untuk menulis perkataan yang pelik-pelik.

Seterusnya, dari aspek mendengar dan bertutur, murid disleksia mengalami kesukaran dalam pertuturan disamping lambat menangkap dan memproses maklumat. Malahan, dalam aspek pertuturan pula, murid tidak menyampaikan maklumat mengikut susunan.

Turut tidak dinafikan bahawa murid yang mengalami masalah disleksia dari segi nombor juga sukar untuk belajar berkaitan Matematik dan pengiraan mental. Pada masa yang sama, mereka juga cenderung untuk keliru terhadap tanda dan simbol seperti +/-/x/bahagi, serta suka menterbalikkan nombor yang hampir sama, contohnya : 3-->5-->8 dan 9-->6.

Strategi Untuk Membantu Murid Disleksia

Bak kata pepatah, 'every illness has it's cure'. :)
So, disini akan dinyatakan beberapa strategi yang wajar dilakukan bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran - Disleksia.

  • Tahap Emosi
- Peranan ibu bapa untuk membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi, pemebelajaran klinikal
- Ibu bapa seharusnya memberi dorongan dan kasih sayang yang secukupnya, tanpa mengabaikan mereka.
- Ibu bapa dan guru seharusnya mengenal pasti dan terbuka dengan bakat dan kebolehan murid.
- Bimbingan rapi berkaitan aktiviti pembelajaran haruslah dibekalkan secukupnya kepada murid.
- Beri ganjaran dan pengukuhan positif sama ada dalam bentuk kata-kata pujian, rangsangan, motivasi dan sebagainya.

  • Tahap Akademik
- Guru seharusnya mengedarkan nota sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
- Ujian lisan adalah lebih wajar dilaksanakan
- Jika sesuatu ujian ingin diadakan, guru seharusnya memaklumkan kepada murid terlebih dahulu supaya mereka boleh bersedia awal. Sebagai contoh; ujian membaca.



Sumber Rujukan: Choong Lean Keow PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment