Powered By Blogger

Tuesday, January 18, 2011

Reka Bentuk Pengajaran

Hello everyone!
Kali ini mari kita tinjau konsep dalam reka bentuk pengajaran.

Reka Bentuk Pengajaran merupakan satu proses sistematis yang menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Terdapat 3 kategori reka bentuk pengajaran yang dinyatakan iaitu:
  1. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Proses
  2. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Disiplin
  3. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Sains
  • RBP sebagai satu Proses
Merujuk kepada pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran.
Proses ini merangkumi aspek menganalisis keputusan pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran, menyediakan bahan dan aktiviti P&P, melaksanakan perancangan P&P seterusnya membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran.

  • RBP sebagai satu Disiplin
Merujuk kepada cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk menentukan kaedah yang paling sesuai digunakan bagi memastikan pembelajaran berlaku.
Duffy & Jonasen (1991) menyatakan ianya sebagai satu proses pelaksanaan strategi pengajaran.

  • RBP sebagai satu Sains
Merujuk kepada kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran.


Reka Bentuk Pengajaran menurut Yusup Hashim (1998), merupakan satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran.

Terdapat 4 bidang reka bentuk pengajaran iaitu:-
  • RBP sistem pengajaran
  • RBP strategi
  • RBP mesej
  • Ciri-ciri pelajar
Beberapa tujuan proses reka bentuk pengajaran ialah untuk mengenalpasti hasil pembelajaran pengajaran yang disampaikan guru. Seterusnya, ia juga turut memberi panduan untuk membina pengisian pembelajaran (seperti bidang cakupan dan langkah pengajaran) serta menentukan cara untuk menilai keberkesanan pengajaran.


Terdapat 3 jenis model reka bentuk pengajaran iaitu :
  • MODEL ADDIE
  • MODEL ASSURE
  • Model Gagne - Briggs, Wagner (1992)


*notakaki] -- akan bersambung pada post akan datang.:)

1 comment:

  1. Berinformasi.. dan pastinya seperti seorang guru....add me.thanks.

    ReplyDelete