Autisme
Merujuk kepada Choong Lean Keow (2008), autisme merupakan gangguan perkembangan otak yang dicirikan oleh masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi,kurang kebolehan berimaginasi dan bermain serta pola tingkahlau yang terhad dan berulang-ulang.Ciri-ciri kanak-kanak ataupun individu yang mengalami masalah autisme adalah;
- Tidak mampu bersosial
2.Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
Murid dalam kelompok autisme ini mengalami pertuturan yang lambat dan masalah dalam pertuturan seharian bersama orang lain. Pada tahap ini juga, murid sukar untuk berkomunikasi dengan baik serta sukar untuk memulakan perbualan. Malangnya, mereka juga gemar untuk mengulangi perkataan yang sama, tapi tidak memahami maksudnya.
3. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan.
Mereka yang tergolong dalam kelompok autisme ini suka melakukan perkara yang sama dan berulang-ulang. Mereka juga sukar untuk menerima peubahan dan mudah sensitif kepada rasa, bau, bunyi sehingga membawa kepada perlakuan di luar kawalan. Murid dalam kelompok ini juga sering melakukan pergerakan badan yang pelik dan berulang-ulang kali serta tidak boleh duduk diam.
4. Masalah Tingkah Laku
Salah satu ciri murid yang mengalami masalah autisme adalah mereka gemar untuk mengasingkan diri dan menunjukkan kekecewaan melalui tindak balas negatif seperti marah, kemurungan dan memberontak. Mereka juga cenderung untuk bersikap pasif dan tidak mampu memahami keaaan semasa. Murid juga tidak boleh membezakan keadaan yang baik dan burul serta sering berperangai pelik dan biasanya diejek dan di buli oleh rakan.
Jenis-Jenis Autisme
Terdapat 5 jenis autisme yang telah dikenal pasti oleh pakar psikologi. Antaranya termasuklah :-
Terdapat 5 jenis autisme yang telah dikenal pasti oleh pakar psikologi. Antaranya termasuklah :-
- Autisme Klasik - masalah autisme yang paling serius, Individu mengalami masalah interaksi dan sensitif terhadap persekitaran.
- Sindrom Asperger - masalah kemahiran sosial dan komunikasi. Individu cenderung untuk kaku dalam khalayak ramai serta kurang faham peraturan sosial.
- Kecelaruan Kanak-Kanak Disintegratif - Individu biasanya dilahirkan dalam keadaan normal. Ketika berumur 2 hingga 4 tahun, individu berhenti bercakap dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka berhenti bermain, kemahiran verbal dan sosial lemah serta pergerakan tangan yang berulang-ulang. Pada masa yang sama juga, individu mempunyai kemahiran psikomotor yang lemah.
- Sindrom Rett - lebih melibatkan individu perempuan, (kanak-kanak perempuan)
- Kecelaruan Perkembangan Pervasif yang tidak dispesifikasikan - simptom-simptom autisme sama seperti autisme klasik yang disebutkan.
No comments:
Post a Comment