Powered By Blogger

Tuesday, March 8, 2011

PENDAPATAN & PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU

Hi semua!
:)
..Hari ini sedikit perkongsian berkaitan dengan subjek Ekonomi Asas - SPM. Sumber perkongsian pada kali ini dirujuk melalui Majalah Dewan Siswa Edisi Julai 2007.
Kredit kepada : Rahimah Ibrahim.


Sektor ekonomi terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
  1. Sektor Utama - Melibatkan aktiviti mengekstrak hasil dari bumi. Meliputi sektor pertanian, penternakan, perikanan, perhutanan serta perlombongan dan kuari. Contoh pekerjaan :- pembalakan, nelayan dan penternak.
  2. Sektor Kedua - Melibatkan aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap. Meliputi sektor pengilangan dan pembinaan. Contoh pekerjaan :-Operator pengeluaran, kontraktor dan arkitek.
  3. Sektor Ketiga - Merupakan sektor perkhidmatan. Contoh pekerjaan:- pemborong, peruncit dan akauntan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan. Antaranya ialah:-

  • Upah wang - bergantung kepada kelayakan, tempoh berkhidmat dan tanggungjawab seseorang.
  • Faedah sampingan - termasuk bonus, subsidi makanan, rawatan hospital percuma dan kemudahan pinjaman untuk membeli rumah dan kereta.
  • Minat - Kegemaran terhadap sesuatu pekerjaan. Seseorang yang menceburi bidang pekerjaan yang diminati dapat meningkatkan produktiviti.
  • Pengaruh Keluarga - Seseorang lebih cenderung untuk memilih pekerjaan yang diceburi umtuk memilih pekerjaan yang diceburi oleh ahli keluarga terutamanya pilihan yang dibuat oleh ibu bapa mereka.
  • Pengalaman & Kemahiran - Pengalaman dan kemahiran lepas akan mempengaruhi pilihan pekerjaan pada masa hadapan. Contohnya, individu yang mempunyai pengalaman sebagai guru sandaran, besar kemungkinan akan memilih bidang perguruan sebagai kerjayanya.
  • Suasana Tempat Kerja -Seseorang ahli lebih berminat memilih sesebuah tempat kerja yang lebih selesa. Contohnya tempat berhawa dingin. Seseorang akan mengelakkan diri daripada memilih pekerjaan yang berbahaya dan berisiko tinggi.
  • Jarak - Seseorang akan memilih pekerjaan yang dekat dengan tempat tinggal terutamanya mereka yang telah berumah tangga.
  • Prospek - Merujuk kepada peluang untuk dinaikkan pangkat, kenaikan gaji yang tinggi dan peluang-peluang lain.
  • Kelayakan akademik - Seseorang akan memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademiknya.
  • Keadaan ekonomi semasa - Semasa ekonomi melambung, permintaan pekerjaan adalah tinggi, maka individu mudah mendapat pekerjaan sebaliknya semasa ekonomi meleset, permintaan pekerjaan adalah terhad, maka individu akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan.
Pendapatan Individu

- Jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu dalam suatu tempoh masa tertentu. Pendapatan individu dapat dibahagikan kepada ganjaran faktor pengeluaran (upah,sewa,faedah,dividen dan untung) dan ganjaran bukan faktor pengeluaran (bayaran pindahan).

Rumusannya:
Pendapatan Individu = Upah + Sewa + Faedah + Untung + Bayaran Pindahan

Punca-punca pendapatan individu
  • Bekerja sendiri - peniaga, golongan professional seperti doktor, peguam, mekanik dan petani
  • Bekerja dengan orang lain - bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan.
Punca Pendapatan lain
  • Pencen jika telah bersara, hasil sewa jika memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dan dividen jika memiliki saham.
Pendapatan boleh guna
  • Jumlah pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh individu
  • Jumlah pendapatan yang setelah ditolak potongan-potongan wajib.
Rumusannya:

Pendapatan Boleh Guna = Jumlah Pendapatan - Potongan Wajib { Caruman KWSP + Caruman PERKESO + Bayaran Zakat + Cukai Pendapatan }

No comments:

Post a Comment