Powered By Blogger

Wednesday, January 12, 2011

Kuasa, Politik & Kerajaan

Definisi Kuasa:

Menurut Talcott Parson;

" Keupayaan yang dipunyai oleh unit-unit tertentu yang boleh paksa organisasi besar, kolektif memenuhi tanggungjawab terhadap unit-unit tadi."

David Eatson;

" Kebolehan individu, kumpulan untuk pengaruhi individu atau kumpulan lain bagi memenuhi kehendak organisasi, individu yang dipercayai punyai kuasa."

Bertrand Rusell;

" Nilai bersifat kuantiti yang boleh digunakan untuk hasilkan sesuatu kesan atau kejayaan."

Oleh yang demikian, berdasarkan definisi-definisi diatas, dapat dinyatakan bahawa kuasa merupakan -- kebolehan menyatakan sesuatu/memaksa untuk berbuat sesuatu kerana takutkan kuasa.--

Seterusnya, kuasa juga merupakan suatu keupayaan yang berpunca daripada hak dan kedudukan untuk mengawal tabiat atau perlakuan masyarakat secara langsung atau tidak langsung.

  • Kepentingan Kuasa
  1. Penting bagi pemimpin untuk mencapai matlamat dan kehendaknya.
  2. Untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang diperintah - melaksana dan menjalankan dasar.
  3. Mewujudkan kepercayaan dan keyakinan orang lain terhadapnya dan mengikutinya.
  4. Untuk mencapai matlamat sendiri. (Penguasa atau pihak yang berkuasa).
  5. Sebagai lambang kemegahan dan kekuatan.
  • Bahagian-Bahagian Kuasa
  1. Kuasa Politik
  2. Kuasa Ekonomi
  3. Kuasa Ketenteraan



No comments:

Post a Comment