Powered By Blogger

Wednesday, January 12, 2011

Teknologi dalam Pengajaran

Definisi Teknologi;

Galbraith, 1967 -- keupayaan dalam menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik hingga mampu pamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

Evans & Nation, 2000 -- teknologi bukan sekadar alat semata. merupakan suatu seni / sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya.

-- teknologi merupakan penggunaan alat dalam menyempurnakan peranan dan fungsinya bagi mencapai sesuatu tujuan.

Oleh yang demikian, definisi 'teknologi' dalam teknologi pengajaran ialah -- keupayaan dan kemahiran menggunakan alat tersebut yang sesuai dengan peranan dan fungsinya.


Domain Teknologi dalam Pendidikan

Terdapat dua fasa dalam teknologi pendidikan iaitu Fasa I (1977) oleh AECT dan Fasa II (1994) oleh Seels& Richey.

Dalam Fasa I - teknologi P&P berdasarkan 3 fungsi iaitu pengurusan pengajaran, pengembangan pengajaran dan sumber pembelajaran.

No comments:

Post a Comment