Powered By Blogger
Showing posts with label EDU 3106- TEKNOLOGI PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label EDU 3106- TEKNOLOGI PENDIDIKAN. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

BAB 4: REKA BENTUK PENGURUSAN BILIK DARJAH: MODEL ASSURE

Gagne (1985) : Pembelajaran sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat.

Terdapat 9 peringkat proses penyampaian pengajaran selaras dengan proses pembelajaran.
Model ASSURE membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. (bantu dalam buat RPH/RPM).

Berikut merupakan proses-proses dalam MODEL ASSURE:
1. A- Analyze

Analisis Pelajar: Ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar, Gaya pembelajaran pelajaran

2. S- STATE

Nyatakan Objektif atau Hasil pembelajaran: Siapa yang akan mencapai objektif pembelajaran, Bentuk tingkah laku baharu, Situasi/ syarat perlakuan yang dihasratkan, darjah tahap pencapaian minimum perlakuan.

3. S- SELECT

Pemilihan kaedah media dan bahan sumber: Penentuan kaedah, pemilihan format media, pemilihan bahan sumber


4. U- UTILISE

Gunakan media dan bahan sumber: Langkah - langkah dalam peringkat ini adalah seperti berikut:
1. Semak/pratonton bahan sumber sebelum menggunakannya.
2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas
3. Sediakan persembahan yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber
4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat dari bahan sumber
5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. R- REQUIRE LEARNERS RESPONSE & PART

Libatkan pelajar dalam pembelajaran : Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan berasaskan bahan

6: EVALUATION (E)

Nilai dan semak semula : semasa proses dan selepas proses pengajaran. Keadaan ini membolehkan guru membuat pembetulan dan penambahbaikan serta tindakan susulan yang sesuai dan wajar.

BAB 3: MEDIA PENGAJARAN

Konsep MEDIA

i. Medium saluran komunikasiyang membawa maklumat.
ii. Media : alatan yang mampu menyampaikan mesej pengajaran. Contohnya guru, radio, tv, slao, pita, bahan bercetak dan komputer.

Percival & Ellington (1984) telah mengkategorikan media dalam dua bentuk:

i. Media yang terdiri daripada pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan (filem, slaid, gambar, perakam)
ii. Media terdiri daripada saluran komunikasi massa (radio, tv, surat khabar, internet)

Media dalam pengajaran merujuk kepada alaatn atau teknik yang berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima.

Media dalam pengajaran berperanan sebagai penghubung antara guru dan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Ia juga menyampaikan isi kandungan dengan berkesan serta menyeronokkan dan bermakna. Hal ini demikian dengan penglibatan pelbagai deria.


Fungsi Media dalam Pengajaran:

i. Sebagai pembantu guru
ii. Sebagai pengganti guru
iii. Pembelajaran berasaskan projek
iv. Media dalam pendidikan khas
v. Media dalam pendidikan jarak jauh
vi. Media dalam folio pembelajaran


Jenis-jenis dan klasifikasi media:

Hoban & Zisamn (1937) menjelaskan nilai sesuatu bahan pandang dengar bergantung pada tahap kerealistikannya.

Hal ini merujuk kepada pengalaman konkrit: berlaku apabila murid aktif menggunakan deria mereka.

Pengalaman sebenar: dialami oleh pelajar dan pengalaman konkrit semakin berkurangan apabila pelajar menjadi pemerhati kepada sesuatu peristiwa.

Pengalaman abstrak: pengalaman yang dilalui oleh pelajar melalui sesuatu simbol visual/ verbal dan perlu ditafsirkan.

Jenis-Jenis Media:
i. Media Bergerak: Rakaman Video, Animasi, Filem
ii. Orang : Guru, Pelajar, Orang ramai
iii. Objek & Model: Yang boleh disentuh dan dipegang oleh pelajar
iv. Teks: Poster, Buku, Surat khabar, Majalah, Risalah, Modul
v. Visual : Diagram, Poster, Lukisa, Foto, Kartun, Grafik, slaid
vi. Audio: Suara, Bunyi-Bunyian, Muzik, lagu



Untuk Perhatian: Semua nota ini adalah melalui rujukan pada buku Teknologi Pendidikan. SEmoga Bermanfaat.

Tuesday, May 10, 2011

PENGGUNAAN BAHAN 2D & 3D

Definisi Bahan 2D:

Bahan yang mempunyai 2D (dimensi) seperti lebar dan panjang.

Ciri-Ciri: Leper dan tidak direka bentuk untuk mendapatkan kedalaman.

Contoh Bahan : Gambar, bahan bercetak dan poster.

Jenis-Jenis Bahan 2D:
  1. Bahan Bercetak
  2. Carta
  3. Graf
  4. Poster
  5. Gambar
Kelebihan Bahan Bercetak

  1. Mudah diperolehi dalam pelbagai topik dan bentuk
  2. Boleh digunakan dengan mudah dan tidak perlu banyak penerangan
  3. Boleh dialihkan dari satu tempat ke tempat yang lain
  4. Lebih murah dari segi penghasilan dan pembelian
Kelemahan Bahan Bercetak

  1. Pelajar mungkin tidak faham kerana terlalu sukar bagi mereka ( bahan bercetak tidak sesuai dengan aras kognitif mereka).
  2. Penggunaan bahan bercetak dianggap sebagai bahan hafalan.
  3. Beban kognitif kepada pelajar (terlalu banyak teks)
  4. Persembahan maklumat bersifat satu hala dan tidak bersifat interaktif
CARTA
Merupakan perwakilan visual atau gambaran suatu konsep yang sukar difahami secara lisan dan bertulis.

Kegunaan Carta
  1. Menyampaikan mesej yang kelas dengan gambaran visual
Maklumat dalam carta -->
  • perlu sampaikan mesej yang jelas dengan gambaran visual
  • minimum dan bermakna
  • maklumat sebagai sokongan kepada gambaran visual (bukan sebaliknya).
Jenis-Jenis Carta
  • Carta Organisasi
  • Carta Klasifikasi
  • Carta Garisan Masa
  • Jadual
  • Carta Aliran

Tuesday, January 18, 2011

Reka Bentuk Pengajaran

Hello everyone!
Kali ini mari kita tinjau konsep dalam reka bentuk pengajaran.

Reka Bentuk Pengajaran merupakan satu proses sistematis yang menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Terdapat 3 kategori reka bentuk pengajaran yang dinyatakan iaitu:
  1. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Proses
  2. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Disiplin
  3. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Sains
  • RBP sebagai satu Proses
Merujuk kepada pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran.
Proses ini merangkumi aspek menganalisis keputusan pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran, menyediakan bahan dan aktiviti P&P, melaksanakan perancangan P&P seterusnya membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran.

  • RBP sebagai satu Disiplin
Merujuk kepada cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk menentukan kaedah yang paling sesuai digunakan bagi memastikan pembelajaran berlaku.
Duffy & Jonasen (1991) menyatakan ianya sebagai satu proses pelaksanaan strategi pengajaran.

  • RBP sebagai satu Sains
Merujuk kepada kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran.


Reka Bentuk Pengajaran menurut Yusup Hashim (1998), merupakan satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran.

Terdapat 4 bidang reka bentuk pengajaran iaitu:-
  • RBP sistem pengajaran
  • RBP strategi
  • RBP mesej
  • Ciri-ciri pelajar
Beberapa tujuan proses reka bentuk pengajaran ialah untuk mengenalpasti hasil pembelajaran pengajaran yang disampaikan guru. Seterusnya, ia juga turut memberi panduan untuk membina pengisian pembelajaran (seperti bidang cakupan dan langkah pengajaran) serta menentukan cara untuk menilai keberkesanan pengajaran.


Terdapat 3 jenis model reka bentuk pengajaran iaitu :
  • MODEL ADDIE
  • MODEL ASSURE
  • Model Gagne - Briggs, Wagner (1992)


*notakaki] -- akan bersambung pada post akan datang.:)

Wednesday, January 12, 2011

Teknologi dalam Pengajaran

Definisi Teknologi;

Galbraith, 1967 -- keupayaan dalam menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik hingga mampu pamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

Evans & Nation, 2000 -- teknologi bukan sekadar alat semata. merupakan suatu seni / sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya.

-- teknologi merupakan penggunaan alat dalam menyempurnakan peranan dan fungsinya bagi mencapai sesuatu tujuan.

Oleh yang demikian, definisi 'teknologi' dalam teknologi pengajaran ialah -- keupayaan dan kemahiran menggunakan alat tersebut yang sesuai dengan peranan dan fungsinya.


Domain Teknologi dalam Pendidikan

Terdapat dua fasa dalam teknologi pendidikan iaitu Fasa I (1977) oleh AECT dan Fasa II (1994) oleh Seels& Richey.

Dalam Fasa I - teknologi P&P berdasarkan 3 fungsi iaitu pengurusan pengajaran, pengembangan pengajaran dan sumber pembelajaran.