Powered By Blogger
Showing posts with label EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label EDU 3103 - MURID DAN ALAM BELAJAR. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Autisme

Autisme


Merujuk kepada Choong Lean Keow (2008), autisme merupakan gangguan perkembangan otak yang dicirikan oleh masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi,kurang kebolehan berimaginasi dan bermain serta pola tingkahlau yang terhad dan berulang-ulang.

Ciri-ciri kanak-kanak ataupun individu yang mengalami masalah autisme adalah;

  1. Tidak mampu bersosial
Perkembangan sosial perlahan dan perlakuan mereka berbeza dari individu normal yang lain. Murid tidak menghiraukan orang lain dan tidak sensitif pada perasaan, keperluan dan pemikiran orang lain. Murid biasanya tidak mampu bertentang mata dan tidak mempunyai ekspesi semasa bercakap dengan orang lain. Mereka dalam golongan ini juga cenderung untuk tidak menyukai sentuhan dan gemar bermain bersendirian.

2.Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

Murid dalam kelompok autisme ini mengalami pertuturan yang lambat dan masalah dalam pertuturan seharian bersama orang lain. Pada tahap ini juga, murid sukar untuk berkomunikasi dengan baik serta sukar untuk memulakan perbualan. Malangnya, mereka juga gemar untuk mengulangi perkataan yang sama, tapi tidak memahami maksudnya.

3. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan.

Mereka yang tergolong dalam kelompok autisme ini suka melakukan perkara yang sama dan berulang-ulang. Mereka juga sukar untuk menerima peubahan dan mudah sensitif kepada rasa, bau, bunyi sehingga membawa kepada perlakuan di luar kawalan. Murid dalam kelompok ini juga sering melakukan pergerakan badan yang pelik dan berulang-ulang kali serta tidak boleh duduk diam.

4. Masalah Tingkah Laku

Salah satu ciri murid yang mengalami masalah autisme adalah mereka gemar untuk mengasingkan diri dan menunjukkan kekecewaan melalui tindak balas negatif seperti marah, kemurungan dan memberontak. Mereka juga cenderung untuk bersikap pasif dan tidak mampu memahami keaaan semasa. Murid juga tidak boleh membezakan keadaan yang baik dan burul serta sering berperangai pelik dan biasanya diejek dan di buli oleh rakan.


Jenis-Jenis Autisme


Terdapat 5 jenis autisme yang telah dikenal pasti oleh pakar psikologi. Antaranya termasuklah :-

  1. Autisme Klasik - masalah autisme yang paling serius, Individu mengalami masalah interaksi dan sensitif terhadap persekitaran.
  2. Sindrom Asperger - masalah kemahiran sosial dan komunikasi. Individu cenderung untuk kaku dalam khalayak ramai serta kurang faham peraturan sosial.
  3. Kecelaruan Kanak-Kanak Disintegratif - Individu biasanya dilahirkan dalam keadaan normal. Ketika berumur 2 hingga 4 tahun, individu berhenti bercakap dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka berhenti bermain, kemahiran verbal dan sosial lemah serta pergerakan tangan yang berulang-ulang. Pada masa yang sama juga, individu mempunyai kemahiran psikomotor yang lemah.
  4. Sindrom Rett - lebih melibatkan individu perempuan, (kanak-kanak perempuan)
  5. Kecelaruan Perkembangan Pervasif yang tidak dispesifikasikan - simptom-simptom autisme sama seperti autisme klasik yang disebutkan.


Saturday, March 5, 2011

Pengurusan Bilik Darjah Melibatkan Murid Bekeperluan Khas

Murid bekeperluan khas dapat dibahagikan kepada dua peringkat iaitu :
  • Kategori Masalah - perubatan, pembelajaran, perkembangan, tingkah laku serta kesihatan mental
  • Masalah Khusus - pendengaran, penglihatan, pembelajaran, tingkahlaku, pertuturan serta celebral palsy
  1. Masalah perubatan yang dimaksudkan disini adalah seperti penyakit serius, kanser, jantung berlubang mahupun distrofi otot.
  2. 2. Seterusnya, maalah pembelajaran adalah seperti disleksia, kecelaruan pertuturan dan bahasa.
  3. Masalah perkembangan merujuk kepada masalah-masalah seperti autisme, down syndrome, terencat akal dan perkembangan lewat.
  4. Masalah tingkahlaku pula adalah seperti ADHD, ADD dan hiperaktif.

Disamping itu, terdapat juga 2 kategori tambahan yang merujuk kepada murid bekeperluan khas dalam bilik darjah ini iaitu; murid pintar cerdas dan berbakat serta murid berisiko (child at-risk).

Berikut dihuraikan dengan lebih lanjut berkenaan masalah-masalah pembelajaran kanak-kanak yang kerap berlaku dibilik darjah, sama ada disedari oleh guru mahupun tidak.

Disleksia

Masalah disleksia ini dapat didefinisikan sebagai masalah murid yang berbeza daripada murid-murid biasa dari segi ciri-ciri mental (keupayaan kognitif), fizikal (otot-otot & sendi), sosial (komunikasi interpersonal dan interaksi) serta emosi (iaitu keupayaan untuk menangani perasaan).

Perkataan disleksia berasal dari perkataan Greek iaitu 'dys' --sukar dan 'lexis' --perkataan.
Sehubungan dengan itu, murid yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia ini sukar untuk mengenal huruf, membaca, kurang kebolehan menulis, mendengar dan bercakap (walaupun murid berada dalam keadaan yang kondusif).

Terdapat 3 jenis disleksia yang dikenal pasti iaitu;
  • Disleksia visual - murid sukar untuk mengingati dan mengenal abjad dan perkataan, abjad tertentu dan sebahagian perkataan ditulis terbalik.
  • Auditori - Murid sukar untuk mengingati bunyi abjad, menganalisis bunyi serta sukar untuk membezakan bunyi konsonan dan vokal.
  • Visual - Auditori - Murid mengalami kesukaran untuk membaca dengan teruk. Hal ini menyebabkan kelemahan untuk memproses tulisan secara visual mahupun audio.
Terdapat 2 faktor yang menyebabkan disleksia iaitu biologi dan juga keturunan/genetik.

5 ciri-ciri kanak-kanak disleksia yang dikenalpasti adalah seperti;
  • Tulisan cermin/terbalik
  • Gemar menggantikan perkataan yang didengar kepada perkataan lain
  • Keliru dengan arah - kiri & kanan
  • Suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
  • Kemahiran pertuturan yang lambat
Masalah pembelajaran murid-murid disleksia ini juga dapat dikenalpasti mengikut aspek pembelajaran mereka. Sebagai contoh, dalam proses pembelajaran mengeja, murid keliru untuk mengenalpasti huruf m--w, y--g, u--n. Melihat dari aspek mengeja ini juga, murid juga mengalami kekelruan dalam membunyikan huruf t--h, f--v.

Dari aspek membaca pula, murid seringkali menterbalikkan perkataan, contohnya : batu-tuba, gula-lagu. Selain itu, pembalikan ayat seperti : Pada masa itu --> Pada asam itu. Malahan, pelajar yang mengalami masalah disleksia ini juga sering terkeliru dengan perkataan Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu. Contohnya ; air --> air, cat--> cat, jam--> jem.

Melihat kepada masalah penulisan pula, murid yang mengalami disleksia sukar untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga tidak pandai memegang pensel dengan betul serta tidak dapat menulis mengikut garisan. Murid pada peringkat ini juga cenderung untuk menulis perkataan yang pelik-pelik.

Seterusnya, dari aspek mendengar dan bertutur, murid disleksia mengalami kesukaran dalam pertuturan disamping lambat menangkap dan memproses maklumat. Malahan, dalam aspek pertuturan pula, murid tidak menyampaikan maklumat mengikut susunan.

Turut tidak dinafikan bahawa murid yang mengalami masalah disleksia dari segi nombor juga sukar untuk belajar berkaitan Matematik dan pengiraan mental. Pada masa yang sama, mereka juga cenderung untuk keliru terhadap tanda dan simbol seperti +/-/x/bahagi, serta suka menterbalikkan nombor yang hampir sama, contohnya : 3-->5-->8 dan 9-->6.

Strategi Untuk Membantu Murid Disleksia

Bak kata pepatah, 'every illness has it's cure'. :)
So, disini akan dinyatakan beberapa strategi yang wajar dilakukan bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran - Disleksia.

  • Tahap Emosi
- Peranan ibu bapa untuk membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi, pemebelajaran klinikal
- Ibu bapa seharusnya memberi dorongan dan kasih sayang yang secukupnya, tanpa mengabaikan mereka.
- Ibu bapa dan guru seharusnya mengenal pasti dan terbuka dengan bakat dan kebolehan murid.
- Bimbingan rapi berkaitan aktiviti pembelajaran haruslah dibekalkan secukupnya kepada murid.
- Beri ganjaran dan pengukuhan positif sama ada dalam bentuk kata-kata pujian, rangsangan, motivasi dan sebagainya.

  • Tahap Akademik
- Guru seharusnya mengedarkan nota sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
- Ujian lisan adalah lebih wajar dilaksanakan
- Jika sesuatu ujian ingin diadakan, guru seharusnya memaklumkan kepada murid terlebih dahulu supaya mereka boleh bersedia awal. Sebagai contoh; ujian membaca.



Sumber Rujukan: Choong Lean Keow PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.